Bismillahirrahmanirrahim.
Masa aku tengah buat kerja tadi tiba2 aku dapat panggilan dari sorang member lama masa aku belajar kat Skudai dulu. Tiba-tiba memori masa belajar dulu mengusik hati aku. Dah lama sangat tak jumpa diaorang semua. Ada yang dah lebih 5 tahun tak jumpa. Terkenang zaman masa belajar dulu masa duduk serumah kat Kangkar Pulai.
Kat rumah sewa kitorang dulu selalu buat benda bersama-sama. Pergi kelas berkonvoi, memancing kat tasik UTM, mengurat awek beramai2 (hehe), kumpul duit makan steam bot dan sebagainya. Paling tak boleh lupa buat aksi stunt matikan motor turun dari Balai Cerap sambil buat aksi Superman ramai-ramai,haha *gila. Rindu juga buat assignment sampai tak tidur malam sebab buat last minit,hehe. Oh ya, itu belum bab makanan ruji kitorang mee maggi bermacam perisa yang menghiasi perut bila masing2 sengkek :) Sebab tu dulu kurus kering je, sekarang semua dah membesar dengan jayanya,hahaha..
Masa kuar jalan kat Skudai Parade tahun 2000..:)
Dalam rumah sewa dulu. Muka macam samseng je :P
Tapi tu semua dulu. Sekarang semua dah ada kehidupan masing-masing. Kebanyakkannya dah berkahwin dan sibuk menguruskan keluarga masing-masing. Tapi itulah putaran kehidupan, mahu tak mahu kita kena terima. Aku gembira tengok kawan-kawan aku berjaya dalam hidup mereka. Aku sangat hargai persahabatan yang pernah terjalin dulu. Walaupun jarang berhubung, aku tak pernah lupakan mereka semua. Aku sayang korang wei..*sob sob..
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com