2 tahun berlalu

Bismillahirrahmanirrahim



Mohon maaf sebab tak dapat update full entry majlis perkahwinan Dila & Daus kali ni. Aku sedang dalam training beberapa hari dalam minggu ni. Biasalah kat mana2pun ramai yang kena datang training akhir-akhir tahun untuk lengkapkan jadual latihan kakitangan dalam tahun tersebut :)

Teaser wedding Nona & Yassar, Kelana Jaya


Aku nak kongsi satu perkara hari ni. Bulan depan genap 2 tahun aku berada dalam industri wedding photography. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Memang ada beberapa perkara aku perlu perbaiki lagi. Hakikatnya aku memang sentiasa belajar sebab dalam proses menjadi lebih baik semestinya ada kesilapan dan kesalahan yang aku sedar maupun tidak. Aku anggap tu sebagai satu proses pembelajaran.

Tadi aku sempat kira sejak 2 tahun ni aku dah shoot lebih 50 pasangan pengantin. Bukan satu jumlah yang kecil. Kalau aku main-main dah lama berkubur kerja ni. Dulu masa mula-mula aku save nama client dalam hp, aku letak nama dia sahaja. Contohnya ain. Sekali dah ada lebih 5 client nama ain terus pening aku nak cam ain mana yang call aku ni,hehe. Kekadang client minggu ni tapi masih panggil nama client minggu lepas :P

Aku rasa aku akan tetap target golongan pertengahan sebagai client aku. Entah kenapa aku kurang berminat nak shoot gambar golongan atasan mahupun orang-orang ternama. Akupun tak suka terkenal dalam bidang ni, serius. Cukuplah sekadar client2 hargai kerja aku dan berpuas hati dengan hasilnya. Aku selesa begitu dan insyaallah akan kekal begitu. Terima kasih atas sokongan semua.


Nota kaki : Nona juga adalah seorang pengantin yang ada blog B2B :) Nantikan full entry ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Wedding Eja & Firdaus

Bismillahirramanirrahim



Masa mula-mula ceburi bidang fotografi ni antara kata-kata perangsang dari otai2 dalam bidang ni ialah “Kamera tu tak penting, tetapi orang belakang kamera tu yang lebih penting”. Memang benda tu tidak dinafikan kebenarannya. Tetapi bila dah sampai satu tahap tertentu, sebenarnya kamera+lens sama pentingnya dengan skill sebab setiap kamera memang ada limitnya. Kadangkala ia tidak dapat hasilkan apa yang kita inginkan dengan kamera entry-level biasa.

Bila dah terasa limitasinya, itulah masa yang sesuai untuk upgrade equipment2 kita. Ramai tidak tahu bila mereka lihat gambar2 cantik sebenarnya ia mungkin dihasilkan oleh kamera professional yang harganya mencecah RM20,000 dan ke atas. Perbezaan dari segi warna, sharpness, kelajuan, bokeh dan lain-lain berbeza dengan kamera berharga RM2,000. Jadi adalah tidak adil sebenarnya membandingkan output mereka yang menggunakan pro DSLR dengan entry-level DSLR. Kereta proton waja walau di modified enjin camne sekalipun takkan dapat kalahkan kelajuan Ferrari :)

Ok, aku update lagi Majlis Persandingan Eja & Firdaus yang lepas. Layan dulu ye.



Dalam majlis Eja & Firdaus ni, diaorang tukar baju sampai 3 kali. Bersanding, potong kek dan outdoor..:) semua baju diaorang cantik2 dan aku suka sangat. Aku juga suka kek diaorang, sampai ada orang rembat cupcakes tu sebelum majlis potong kek tu, huhu.

Kitorang buat outdoor kat Taman Botanic, Klang dekat Bukit Tinggi tu. Ni kali pertama aku amik gambar kat sini. Bila dah petang memang ramai sangat orang kat sini. Memang pengantin akan jadi perhatian dan orang kat belakang pengantinpun akan ramai yang interframe nak masuk album pengantin, hahaa. Kalau nak amik outdoor kat sini jangan sampai lewat petang sebab susah nak dapatkan shoot yang baik bila terlalu ramai orang awam.


Sebenarnya kalau ikutkan aku teringin sangat nak pakai Pro DSLR dengan Full-Frame Body :) Aku percaya aku mampu hasilkan gambar yang lebih baik dari sekarang sekiranya gunakan equipment tersebut seperti sahabat2 aku yang lain. Tapi kata orang ukur baju badan sendiri, mungkin satu hari nanti bila kemampuan dah mencukupi baru aku upgrade :) buat masa ni aku gunakanlah apa yang ada, hehe.

Aku ucapkan tahniah kepada kedua mempelai sahabat aku ni Eja & Firdaus. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Pahala orang yang bernikah ni diumpamakan seperti mendirikan sebuah masjid. Syaitan sangat benci dan sentiasa berusaha meruntuhkannya dengan pelbagai cara. Sabar dan sentiasa berada di landasan agama boleh mengelakkan terjadi benda seperti itu. Terima kasih kepada sahabat baik aku dari dulu Halil Hayon yang follow aku amik gambar.

Ni gambar yang dia amik aku bersama pengantin :) Jarang ada gambar aku ngan pengantin, hehe.


Terima kasih.



Nota kaki : Aku dah terima beberapa pertanyaan tentang majlis pada bulan November dan Disember 2010 ini. Insyaallah aku akan reply email secepat mungkin. Aku terpaksa berlaku adil dan utamakan mana yang bayar deposit dulu ye. Terima kasih semua.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com