Outdoor Fazly & Dr Juliana, Taman Melati

Bismillahirrahmanirrahim



Dalam beberapa hari ni aku terlibat dalam penggambaran video untuk anak-anak asnaf zakat yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dsb di sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Aku kagum dengan sesetengah mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dalam keadaan hidup yang serba kekurangan.

Maksud aku cemerlang tu diaorang score straight A’s dalam semua subjek termasuk sains tulen. Ada antara mereka yang terpaksa bekerja bagi menyara keluarga, keadaan ayah yang uzur dan ibu bekerja cleaner di sekolah. Keadaan rumah pula sangat kecil serta adik beradik yang ramai. Ada yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan zakat sebagai punca rezeki. Apa lagi alasan kita ataupun pelajar-pelajar yang cukup segala-galanya tetapi masih tidak mampu mencapai keputusan sebaik mereka?

Kali ni aku nak update sesi outdoor pasangan Fazly dan Dr Juliana yang diadakan di Taman Melati. Kitorang outdoor kat sekitar Taman Melati tu je :)


ju47


ju46


ju48


ju50


ju49


ju51


ju54


ju52


ju53


ju55


ju56


ju57


Sebenarnya dah lama gak aku nak shoot kat tempat ni sebab pernah nampak gambar sahabat aku yang lain. Terima kasih kepada Khairul Hafiz aka Cot yang bawa aku ke sini dan membantu aku sepanjang majlis kat sini. Sekadar makluman, walaupun dia masih bujang tetapi dia pun dah tak available lagi ye, kekeke.

Tahniah sekali lagi kepada pasangan yang sweet ni. Semoga rumahtangga yang dibina ini memberikan ketenangan hati dan mendekatkan diri kepada Allah, amin. Oklah, aku memang sibuk minggu ni. Jumpa next entry ye :)




Nota kaki : Page Acaii Jawe Photography dah lepas angka 1,000 fans hampir 4 bulan wujud. Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua. Aku sangat hargainya!!

Info: Setiap kali musim persekolahan bermula, Lembaga Zakat Selangor membelanjakan hampir RM10 juta untuk membayar yuran sekolah anak-anak fakir miskin. Sila telefon 03-55227777 sekiranya korang jumpa fakir miskin yang tidak dibantu di Selangor.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Membesar zaman 80an

Bismillahirrahmanirrahim


Setiap kali aku dengar lagu Awan Nano ni mesti aku teringat abah. Mungkin sebab mula-mula aku dengar lagu ni masa tengok video klip lagu ni :) Dulu aku membesar pada awal tahun 80an dalam keadaan serba kekurangan. Bukan family aku je tetapi semua penduduk kampung rata-rata begitu kehidupannya. Cukuplah bayangkan aku baru merasa tenaga elektrik ketika darjah 4. Jakun gila masa tiang-tiang kayu LLN dipacak kat kampung untuk masukkan letrik kat kampung aku. Yelah, dari kecik aku membesar dengan lampu gasolin dan lampu minyak tanah.

teaser-ju

Teaser wedding Fazly & Dr Juliana


Sebelum kampung aku ada letrik, rumah aku ada sebuah TV hitam putih. TV tu guna bateri kereta untuk dihidupkan. Jadi setiap kali bateri habis abah akan cas balik kat kampung sebelah. Kalau tengah tengok TV tiba2 mati tu maksudnya bateri dah abis :) Tensen je kalau tengah tengok cerita best. Abah jugak yang kena bawak bateri tu naik motor pergi cas balik.

Satu lagi perkara yang masih segar dalam ingatan aku ialah bau arang pada baju sekolah. Aku suka sangat bau tu. Bau tu datang dari seterika arang. Seterika besi yang berat. Mak kena bakar arang dulu baru masukkan ketulan arang yang merah menyala tu dalam seterika. Kadang2 ada gak habuk arang tu kena kat baju sekolah.

Sebenarnya aku beruntung dapat rasa suasana membesar camtu. Ia mengajar aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Motivasi aku untuk menjadi rajin dan berusaha bersungguh-sungguh sama ada semasa belajar dulu mahupun bekerja sekarang lebih tinggi berbanding kalau aku dah memiliki semuanya semasa membesar. Wallahua’lam.




Nota kaki : Malam tadi masa dinner, tiba2 si hafiz ni makan sebelah meja aku ngan member2 AF yang lain. Tapi aku memang tak kenal langsung diaorang semua kalau wife tak bagitau, haha.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography