Cerita tentang zakat & fidyah

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Umair & Fathiyyah, Kajang


Sebagai memenuhi tanggungjawab aku sebagai salah seorang yang bertugas di institusi zakat, aku nak beri beberapa info yang mungkin berguna kepada sahabat2 semua yang masuk sini. Kalau ada yang tak jelas boleh tanya aku ye :)

  1. ZAKAT FITRAH
  2. Zakat fitrah dikira berdasarkan berat makanan asasi (beras) satu gantang baghdad (2.75kg). Kadarnya di Selangor RM7.00. Seeloknya kita kira jumlah sebenar berdasarkan beras yang kita makan. Contohnya Kita biasa beli beras wangi 10kg = RM40. Jadi kadar zakat fitrah sebenar satu kepala adalah RM10.80 (2.75kg x RM4.00).

    Tetapi kebanyakkan institusi zakat mempunyai resit mengikut gandaan (eg :RM7.00) bagi memudahkan urusan rekod dan pemantauan jumlah umat Islam yang membayar zakat fitrah. Jadi mungkin boleh bayar 2 resit sekiranya berniat untuk lebihkan bayaran. Kalau seorang manusia tu hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal walau sesaatpun dan mampu makan pada siang syawal, maka wajib bayar zakat fitrah.

  3. FIDYAH
  4. Kadar fidyah pula ialah 1 cupak beras. 1 gantang = 4 cupak. Jadi kadar fidyah adalah sebanyak RM1.75. Fidyah seeloknya ditukarkan kepada nilai beras yang setara dan diberikan kepada fakir miskin. Kiraan fidyah : [Bilangan hari tinggal puasa X RM1.75]. Kalau melangkau tahun kena doublekan nilai fidyah tersebut. Tetapi jumlah puasa yang wajib qada’ tetap sama.

  5. FIDYAH UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU BADAN
  6. Kalau tidak berpuasa sebab takut menjejaskan kandungan/anak maka wajib qada’ dan bayar fidyah. Kalau tidak berpuasa sebab takut mudharat kepada dirinya sendiri maka wajib untuk qada’ puasa sahaja.

  7. FIDYAH UNTUK ORANG TUA
  8. Sekiranya orang tua tersebut memang tidak mampu berpuasa atau disahkan doktor tidak boleh berpuasa maka mereka tidak wajib puasa dan hanya perlu membayar fidyah. Seeloknya disegerakan supaya tidak membebankan pada kemudian hari.


Dengan kadatangan bulan Ramadhan ini maknanya peluang untuk melipatgandakan pahala amalan terbuka luas. Setiap amalan di bulan ramadhan akan digandakan pahala amalannya. Sebab tu kita kena berusaha menambahkan amalan kita berbanding bulan-bulan biasa. Ini termasuklah dengan melaksanakan zakat-zakat lain di bulan ini, memperbanyak sedekah jariah, membaca al-Quran dll di samping solat2 sunat Tarawikh pada setiap malam Ramadhan.

Bulan Ramadhan ni cuma datang sekali je dalam setahun. Cubalah korbankan sedikit masa rehat, masa tidur dan masa lapang untuk meraikan kemuliaan Ramadhan ini. Mungkin dengan latihan-latihan begitu dan rahmat Allah kita bakal keluar dari bulan ni dengan menjadi insan yang lebih baik dari semua perkara, dihapuskan Allah dosa2 lepas dan sekiranya ditakdirkan mati, akan mati dengan mati yang baik dalam keadaan hampir dengan Allah. Insyaallah.


Nota kaki : Kalau ada soalan apa2 berkenaan zakat dan fidyah boleh tanya aku kat rungan komen ye. Insyaallah aku cuba jawab dan bertanyakan kepada orang yang lebih pakar di sini sekiranya aku kurang arif tentang itu. Terima kasih.


Wallahua’lam.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com