Tazkirah : Istighfar

Bismillahirrahmanirrahim

Teaser wedding Ain & Zaide, Kuala Lumpur



Ada satu kisah dan iktibar yang diceritakan tentang seorang Mujtahid agung iaitu Imam Hassan al-Basri (rahimahullah). Beliau adalah seorang tabi’n yang meninggal pada tahun 110 Hijrah. Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Imam Hassan al-Basri dan mengadu tentang kemarau yang berlaku di kampung mereka. Lalu beliau menyuruh lelaki tersebut supaya banyakkan beristighfar kepada Allah SWT.

Pada hari yang lain seorang lelaki lain mengadu tentang kefakiran dan kemiskinannya, lalu beliau menyuruhnya beristighfar. Kemudian datang lelaki yang lain mengadu tentang kebunnya tidak subur, maka beliau juga menyuruhnya beristighfar.

Kesimpulannya, kita memang sering melakukan dosa kepada Allah tanpa kita sedar. Kadangkala ia menjadi penghalang rahmat Allah nak sampai kepada kita. Menjadi penghalang rezeki Allah nak datang kepada kita. Salah satu cara nak sucikan jiwa dan hati adalah dengan banyak memohon ampun kepada Allah atas doasa-dosa lepas iaitu dengan cara beristighfar. Sama-sama kita usaha. Wallahua’lam.




Nota kaki : Atas kesibukan di kantor sekarang aku masih belum dapat update full entry majlis lepas. Tunggu full entry mereka dan majlis di atas ni next week. Tunggu portal baru Lembaga Zakat Selangor minggu depan juga :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blo
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Tentang Indonesia

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lepas aku berpeluang melawat Jakarta-Bandung dalam lawatan kerja bersama sahabat-sahabat ofis. Satu perkara yang buat aku tersentuh bila berada di sana ialah melihat bagaimana sesetengah mereka melakukan apa jua perkara bagi mendapatkan sesuap nasi untuk makan. Jurang antara yang kaya dan miskin terlalu jauh dan perbezaan tersebut sangat ketara.

Ketabahan, kecekalan dan semangat mereka mendapatkan rezeki sangat dikagumi. Seorang lelaki tua lingkungan 50an (baya bapa2 kita) yang aku jumpa hanya memperolehi sekitar RP25,000 (RM9) sehari untuk kerja berat seharian selama 12 jam membuat jambatan. Beliau datang dari jauh dan bermalam di bawah jambatan yang dibinanya semata-mata untuk menyara keluarga yang jauh di kampung. Itu belum kanak berumur 5-6 tahun yang turut bekerja untuk mendapatkan duit.

Aku ada beberapa gambar snap-shoot yang aku tak edit untuk dikongsi bersama sebagai renungan kita bersama dan membuat perbandingan dengan kita.



Cubalah bayangkan kalau Allah takdirkan dulu kita dilahirkan dalam keluarga yang dhaif dan tinggal di negara seperti itu. Bapa kita miskin, ibu kita miskin. Tak mampu nak sekolahkan kita. Tak mampu belikan kita pakaian yang cantik. Tak mampu sediakan tempat tinggal yang sempurna. Setiap kali bangun tidur tidak pasti sama ada hari ini dapat makanan ataupun tidak. Apatah lagi memikirkan tentang hidup bermewah dan membazir. Jauh sekali.

Cubalah lihat keliling kita sekarang. Nikmat yang Allah berikan kepada kita. Pakaian kita, makanan kita, kenderaan kita. Berapa kali kita berterima kasih kepada Allah untuk itu? Bila kita membazir dan membuang makanan pernah tak kita terfikir ada orang lain yang tidak diberikan nikmat dan rezeki sama seperti kita. Itupun selalu rasa kekurangan berbanding orang lain. Malulah dengan Allah.

Kesimpulannya, sentiasalah beringat dan bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Dalam agama Islam, pendapatan/gaji kita setiap bulan bukanlah sepenuhnya milik kita. Ada HAK dan rezeki orang lain yang Allah kurniakan melalui jalan rezeki kita. Allah nak uji keimanan kita melalui rezeki harta tersebut. Zakat 2.5% satu-satunya cara yang dapat bersihkan pendapatan kita. Cubalah bayangkan orang yang miskin dan cacat itu sempurna segalanya, mungkin mereka duduk di tempat kita sekarang. Wallahua’lam.



Nota kaki : Kira hak orang lain dalam rezeki kita? KLIK SINI.

Nota kaki 2: Bulan Allah Rejab dah kembali. Kurang 2 bulan Ramadhan akan menjelang. Rasulullah paling banyak berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya’ban berbanding bulan-bulan lain. Jom ikut Rasulullah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Masalah orang agama

Bismillahirramanirrahim



Kadangkala aku rasa sangat sedih bila baca perkara yang tidak elok di akhbar sekarang. Anak bunuh ayah, Ibu bawa teman lelaki tinggal bersama, anak gadis lari dengan teman lelaki dsb. Tapi itulah realiti yang berlaku sekarang. Semakin lama masyarakat kita semakin jauh dari agama. Sebenarnya memang mudah kita nak salahkan kekurangan penghayatan agama yang menjadi punca mereka jadi begitu.

Teaser majlis wedding weekend lepas di Sungai Buloh


Tetapi tanpa kita sedar kadangkala orang yang berilmu agama juga ada menyumbang kepada perkara sedemikian. Aku bukan berbicara tentang ulama’ ataupun guru-guru agama. Tetapi tentang orang yang punyai akhlak yang baik, mengamalkan dan faham tentang agama di kalangan kita tetapi mengambil sikap menjauhkan diri dari realiti masyarakat. Contohnya ustaz2 ataupun wanita bertudung labuh yang hanya berkawan di kalangan mereka sahaja dan agak skeptikal dengan orang lain.

Sampai bila-bila golongan ini takkan tahu bagaimana cara berfikir dan cara hidup orang jahil ini sebab mereka berada di dunia yang sama sekali berlainan. Sepanjang hidup mereka tak pernah ada kawan yang menghisap dadah, pencuri dan berbuat maksiat yang tiada sesiapa bagi jalan untuk mereka keluar. Mereka sentiasa merasakan diri lebih baik dan bimbang akan terpengaruh dengan keburukan sekiranya bergaul dengan orang seperti itu. Itulah sebenarnya masalah dalam menegakkan syiar Islam.

Sebab tu bila perkara yang menyalahi agama berlaku dalam masyarakat mereka lebih mudah menyalahkan pihak lain seperti umara’ (pemerintah) dan ulama’ yang dilihat tidak menjalankan tugas sedangkan mereka hanya duduk di tempat baik-baik dan dikelilingi orang baik2. Kalaupun mereka bercakap tentang agama yang mendengar kebanyakkannya adalah orang yang telah faham tentang agama dan dakwah tersebut tak pernah sampai kepada orang yang sepatutnya.

Kesimpulannya, aku suka melihat ‘orang agama‘ yang berkawan dengan orang ‘biasa’ yang lakukan dosa tetapi dengan niat mengubah mereka. Mereka menunjukkan akhlak yang baik dan keindahan Islam untuk dicontohi. Mereka lebih mudah didekati oleh orang yang kurang berilmu berbanding orang agama yang sering pandang rendah terhadap mereka. Kata-katanya lebih mudah diterima dan mudah untuk orang terus mendekati Islam. Itulah jihad yang lebih sukar iaitu untuk mengubah masyarakat jahil kembali mengenal Allah, Wallahua’lam.


Nota kaki : Nantikan full-entry majlis kat atas ni. Weekend ni aku ada 2 hari kat Ipoh shoot wedding. Jom ngeteh orang Ipoh :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Melawat cahaya mata Halil & Nana

Bismillahirramanirrahim



Weekend lepas ni aku sempat melawat sabahat baik aku yang baru menimang cahaya mata sulungnya. Nama diberi Muhammad Ammar bin Norhalil :) Alhamdulillah baby sihat je walaupun terpaksa duduk seminggu kat hospital sebab lahir awal. Berat masa lahir tu 1.7kg je. Semoga Halil sekeluarga diluaskan rezeki yang halal dengan kehadiran orang baru dalam keluarganya.

Bila tengok wajah seorang bayi memang terasa tenang je. Kita tahu mereka bersih suci dari sebarang dosa berbanding kita yang lakukan terlalu banyak dosa kepada Allah. Sekarang terpulang kepada ayah dan ibunya mahu mencorakkan cara hidup, akhlak dan didikan agama anak mereka sama ada berada dalam landasan yang betul atau sebaliknya.



Sebenarnya ketika janin berusia 120 hari, telah ditentukan 4 perkara baginya iaitu rezeki, jodoh, usia serta takdir baik dan buruknya. Namun ia tidak datang secara mutlak. Maksudnya kita tidak boleh menyerahkan segalanya kepada takdir sebab masih perlu ada usaha dan ikhtiar. Selebihnya akan ditentukan oleh Allah sama ada ujian atau nikmat yang diberikan kepada kita semua.

Jadi sama-samalah kita berusaha perbaiki diri kita supaya kembali kepada fitrah. Aku bukanlah bagus sangat nak ingatkan tentang semua ini. Tapi ustaz aku pernah cakap dulu kalau kita terima satu peringatan atau ilmu dari seseorang, ambil yang baik darinya. Tak kira sama ada kamu benci atau tidak suka kepada orang tersebut. Walluhua’lam.


Nota kaki : Kurang 2 bulan dari sekarang dah masuk Ramadhan. Bulan Rejab ni digalakkan berpuasa sunat. Sapa2 yang belum ganti puasa tu berusahalah untuk ganti supaya tak kena fidyah ye:) Tak sabar tunggu Ramadhan..

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kematian itu pasti

Bismillahirramanirrahim


“Insaflah wahai {nama anda} bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar, berkumpul di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab segala amalan kamu juga adalah benar..”

Itulah serba sedikit talqin yang bakal korang dengar sejurus selepas korang masuk ke dalam kubur bila mati nanti. Dalam kesibukan harian kekadang kita lupa yang satu hari nanti usia kita akan habis, badan kita akan ditimbuni tanah dan apa yang kita kumpulkan kat dunia ni hanya akan jadi milik orang lain.

Hayati video klip yang aku convert format untuk tatapan korang semua (english subtitle) :

[flashvideo file=http://blog.faisalrahim.com/video/At-Turab.flv width=500 height=380 /]

Farsyi Al-Turab ( Dust is My Bed ) – Sami Yusuf


Aku takut sebenarnya dalam kita tertawa riang dan melakukan dosa-dosa, kita dijemput dalam keadaan kita tidak bersedia. Kita pasti menangis dan berduka menyesalinya kelak. Sebab bahagian yang kita dapat dalam kubur nanti adalah ibadah yang kita kena buat sekarang. Bukan esok, bukan lusa, bukan bila tua nanti..

Bersediakah kita untuk kembali kepadaNya sekarang?

Aku memang jauh dari sempurna. Aku tahu tu. Tapi aku suka nak ajak kita sama2 muhasabah diri bila kita dalam keadaan terlalu gembira ataupun terlalu bersedih. Masih belum terlewat. Jgnlah kita terlalu berbahagia dengan kenikmatan dunia dan mengejar kesenangan hingga lupa agama. Tidak salah menjadi orang berharta, tak salah nak bekerja bermati-matian, tak salah nak bergembira dan tertawa tapi satu masa kita akan diminta pertanggungjawaban akhirnya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Ayah mertua aku telah kembali kerahmatullah beberapa hari lepas. Semoga roh arwah dikumpulkan bersama orang-orang yang beriman, amin. Al-fatihah.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com