Tips : Group Foto Keluarga

Bismillahirramanirrahim



Aku minta maaf sebab belum dapat upload gambar majlis sebelum ni sebab kesibukan kerja sekarang. Kali ni aku nak cerita sikit tentang group photo keluarga dalam majlis perkahwinan. Walaupun nampak seperti remeh tapi kadangkala benda ni memang terlepas pandang oleh pasangan pengantin sebab melayan kawan2 yang datang ke majlis. Bila dah habis majlis baru sedar gambar ‘core family’ masih belum lengkap.

Teaser wedding kat Taman Andalas, Klang :)

Aku guna style note nak terangkan point aku :

  1. Pengalaman shoot majlis perkahwinan aku dah jumpa family dari pelbagai latar belakang dan karekter. Memang diakui kekadang ada keluarga yang susah nak berkumpul mengambil gambar keluarga sebab melayan tetamu majlis terutama Ibu dan Bapa. Benda tu memang biasa dan sebenarnya boleh diatasi dengan mengambil gambar pada akhir majlis apabila tetamu dah berkurangan.
  2. Cara yang boleh dilakukan untuk pastikan semua ahli keluarga ada ; pastikan ada seorang yang mengumpulkan adik beradik terlebih dahulu. Bila semua dah ada, barulah panggil ibu dan bapa di luar. Beritahu mereka ia hanya amik masa 1 minit sahaja. Jadi mereka boleh datang sebentar, amik gambar dan terus jumpa tetamu kembali.
  3. Kenapa aku cakap benda ni penting? Sebab pernah berlaku kepada seorang sahabat photographer yang dipersalahkan sebab gambar ahli family nya tak cukup dalam album. Mana mungkin photographer kenal semua ahli keluarga yang ramai. Beban untuk mengumpulkan ahli keluarga juga bukan terletak di bahu photographer. Mereka hanya sedikan ruang masa untuk sesi bergambar bersama pengantin dan mengambil gambar mereka di atas pelamin tersebut.
  4. Benda ni lagi crucial sekarang sebab pengantin ada sesi Outdoor di luar. Masa di rumah/dewan semakin singkat. Kekadang ada pengantin cakap tidak mengapalah sebab family sibuk tetapi sebenarnya bila dikenang kembali pada masa akan datang barulah menyesal takde gambar kahwin bersama keluarga sendiri. Benda tu takkan dapat diulang kembali.
  5. Kesimpulannya, tak kisahlah style apa photographer korang amik gambar ketika group foto. Asalkan semua pihak gembira, go for it!! tetapi kena pastikan ada family portrait untuk kenangan. Bagi aku, gambar seluruh ahli keluarga biarpun dalam pose tradisional jauh lebih berharga dari gambar ceria atau gila2 bersama kawan-kawan. Wallahua’lam



Nota kaki : Full entry majlis teaser kat atas ni akan datang tak lama lagi, stay tune!! :) Insyallah album2 client aku siap dalam bulan ni, chaiyok2!! aku sangat hargai kesabaran semua :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Luahan seorang kaki bola

Bismillahirramanirrahim



Macam biasa kalau tiba hari Isnin mesti rasa semacam je. Lelagi selepas cuti lama :) Weekend aku macam biasa, tangkap gambar orang kahwin sana-sini. Cuma satu perkara yang buatkan aku tensen ialah bila Chelsea kalah game aritu. Memang spoil kan hujung minggu aku je. Entahlah akupun tak tahu camne nak jelaskan perasaan takde mood tu. Bagi orang yang tak minat bola, sebenarnya memang takkan faham perasaan kaki bola ni, serius :)

Teaser majlis wedding di Sabak Bernam


Teringat dulu masa piala dunia, bila team fav kalah aku boleh demam. Gila kan, hehe. Memang aku fikirpun macam tak logik je. Tapi itulah yang terjadi. Perasaan ‘attached‘ pada team kita tu sangat kuat. Bila game-game penting macam final ke, sehari dua sebelum game dah berdebar semacam je. Beberapa jam sebelum game memang tak tentu arah. Sepanjang game plak memang jantung berdegup kencang je. Bila team kita score ataupun bolos memang sakit je jantung, muka jadi merah, mata jadi besar.

Tapi sekarang aku dah boleh kawal perasaan tu, hehe. Sebab tu lelaki hargai sesangat pasangan yang faham ‘kegilaan‘ sementara ni. Kalau boleh janganlah ajak dating time team kesayangan tengah main. Janganlah buat lawak time team dia tengah ketinggalan. Memanglah tak dilayan. Bukan sebab tak sayang tapi kekadang orang gila bola ni memang ‘tak betul‘ dari segi tu.

Alaaa, lagipun benda tu 90 minit je. Pastu ok balik. Bagi aku lagi bagus lelaki minat bola ni dari minat perfume, fesyen, artis2, hiburan dan sebagainya. Memanglah boleh tapi bagi aku memang tak nampak maskulin sangatlah kalau lelaki camtu berbanding kaki2 bola ni, hehe.


Nota kaki : Nantikan full entry majlis-majlis yang aku shoot ni. Pertama kali aku shoot outdoor ada dua persalinan :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Teaser : Majlis Perkahwinan Syuhana & Hisham

Bismillahirramanirrahim

[audio:http://blog.faisalrahim.com/audio/Lenka – Trouble Is A Friend.mp3]
Trouble Is A Friend ( Lenka )


Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Majlis Perkahwinan semalam, Shah Alam


Akupun tak tahu nape kalau tiba hari Isnin mesti takde mood je nak kerja. Padahal kerja banyak lum siapkan lagi. Perutpun cepat je lapar. Baru kul 10 pagi dah lapar macam puasa sehari padahal baru bekpes tadi, haha. Aku rasa sebab tulah kot aku makin gemuk. Makan tanpa aku sedar, err sekarangpun aku ngah mengunyah rupanya. Baru aku perasan.

Tiba2 teringat aku kat cikgu aku kat sekolah menengah dulu, Cikgu Norhan namanya. Badannya memang agak semangatlah. Pastu dia pernah cakap kat dalam kelas “Kalau nak tahu saya dulu kurus tau. Saya kurus macam dia ni lah” *sambil tunjuk kat aku. Malu2 kucing aku masa tu. Aku memanglah tak percaya dia cakap. Yela, dulu aku punyelah kurus keding. Sampai ada orang panggil aku papan. Kekadang member2 aku gurau, kalau ada angin kuat suruh pegang aku. Takut aku diterbangkan angin, hahaha hampeh.

Takpelah, orang dulu-dulu cakap kalau kurus tu kurang zat sebenarnya. Sampai si isteri malu lah kalau suaminya kurus keding. Takut orang cakap dia tak pandai masak sebab suaminya makan tak banyak, hehe. Itulah alasan aku kalau orang tanya napa aku semakin ‘sihat’ sekarang ni, wakkakaka. Kena berdietlah camni. Tapi jangan risau, kalau ada sapa2 nak belanje aku makan memang aku on call je, ceewahh..ada gak on call, ingat kerja doktor je ke ada on call :)

Oh ya, nantikan full entry majlis perkahwinan Syuhana & Hisham yang aku shoot semalam. Aku ada cerita best nak cerita tentang majlis nikah diaorang, hahahaha (belum cerita dah ketawa, apadaa).


Nota kaki : Aku jangka Manchester United akan duduk di tangga keempat dalam liga EPL musim ni, kekekekeke

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Teaser : Majlis Perkahwinan Amy & Shafiq

Bismillahirramanirrahim



Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Majlis Perkahwinan semalam, Meru Klang


Sepanjang pengalaman aku yang baru dalam bidang wedding ni, aku dapat lihat macam2 gaya photographer ketika mengambil gambar client mereka :) kalau sebelum ni aku tak pernah nampak orang amik gambar sambil berbaring, sekarang benda tu sudah menjadi kebiasaan. Kekadang akupun buat gak sebab nak compose gambar yang aku nak.

Cuma risikonya ialah bila kita baring kat tempat yang ada rumput gatal atau ada ulat bulu yang memang kita takkan perasan sebelum baring tu :) camtulah yang terjadi kat aku semalam masa shoot pasangan kat atas ni,hehe. Masa balik tu abis badan dan tangan aku merah-merah dan gatal gila. Entah apalah yang gigit aku tu sampai ke saat aku tulis ni badan ngan tangan aku masih merah2 lagi, huhu. Tapi apa ada hal aku kan lasak orang kampung, dah biasapun kena camtu dari kecik, kekeke.

Jumaat lepas salah seorang member kampung aku meninggal dunia sebab sakit. Dah lama sangat rasanya tak jumpa dia. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman,amin. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Kekadang kita selalu leka dan terlalu gembira dengan urusan dunia tanpa menyediakan diri untuk bekalan ke sana. Terus berbuat dosa seperti pasti akan hidup lama di dunia ni. Jadi sama-samalah kita beringat sebelum ajal menjemput kita. Wallahua’lam.


Nota kaki : Camne nak abis puasa 6 ni tiap-tiap hari ada je jamuan raya kat ofis ni. Asyik puasa setengah hari je :P

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com