Tips pilih Wedding Photographer Part 1

Bismillahirramanirrahim



Ada seorang teman meminta pandangan aku untuk memilih photographer kahwin untuk majlisnya. Jadi aku ingat nak kongsi kat sini beberapa tips sebagai panduan kepada semua. Aku tulis ni bukan bermakna aku nak cakap aku yang terbaik atau suruh pilih aku. Tu sengal ubi namanya. Ini semua berdasarkan pengalaman aku berkawan dengan ramai photographer dan pengalaman menjadi customer sblm ni :)

Teaser wedding kat Kelana Jaya aritu :)


Aku harap tips ni membantu serba sedikit kepada pasangan yang mencari photographer kahwin mereka.

  1. Konsep – Mula-mula sekali, duduk bincang dengan tunang. Cuba cari photographer yang sesuai dengan konsep wedding korang. Sebab setiap photographer mempunya style berbeza. Photojournalism ke, formal ke, klasik ke dsb. Takkan korang nak suruh photographer yang karekternya cool/alim2 tapi korang nak buat beach wedding pakai bikini loncat2 atau buat wedding dalam air? Mau demam seminggu photographer tu.
  2. Recommendation – Oleh kerana majlis perkahwinan ni merupakan pengalaman paling berharga dalam hidup, seharusnya kita kena percaya hasil kerja orang yang terlibat dalam majlis kita. Jadi, adalah lebih baik kalau photographer yang dipilih tu daripada recommendation dari kawan2 atau saudara mara yang pernah bekerja dengan mereka. Jadi kita boleh agak camne nanti kalau dia jadi photographer kita. Kita juga boleh nilai sendiri hasil kerja sebenar mereka. Bukan setakat tengok sample album photographer yang biasanya hanya compile gambar2 terbaik mereka yang kekadang ada yang amik gambar orang lain punya (kisah benar):P
  3. Budget – Wedding photographer ni bukan dinilai dengan harga album. Tapi dinilai dengan kemahiran ataupun pengalaman mereka. Sebab tu kalau nak pilih wedding photographer pastikan mereka dalam budget korang. Kalau tengok harganya lebih mahal, cuba tengok berbaloi ke tak pilih dengan perbezaan harga tersebut. Part-time photographer harganya lebih murah tapi ada risiko macam2. Full-time photographer biasanya harga lebih tinggi tapi mereka professional dalam kerja mereka. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting pastikan mereka ada kamera sendiri, bukan kamera pinjam sedara atau girlfriend dia punya :)
  4. Personaliti – Benda ni bagi aku sangat penting. Takkan korang nak kerja dengan photographer muka macam Hitler yang masam dan garang mcm nak gigit orang. Pastu pendiam dan tak mesra alam. Sebaiknya kenal dan berjumpa bertentang mata (tapi jangan terpikat-bahaya. Tapi ramai photographer hensem dah kahwin, haha). Sebenarnya kita boleh tahu dia tu sesuai bekerja dengan kita atau tak. Orang jawe panggil ‘ada chemistry‘.
  5. Deposit & Payment – Tang ni memang kena jelas sejelasnya. Kalau boleh tanya byk2 kat photographer korang. Camne dengan deposit kalau cancel majlis? Kalau majlis lebih sejam cas tak? bila kena bayar? malam ni nak masak apa? dsb. Jangan ambil mudah. Ia bagi mengelakkan kita di cas lebih sebab kita pandang ringan hal ini. Pastu melenting dan buat page ‘Hate Fan‘ kat Facebook:)
  6. Tempahan – Photographer yang bagus biasanya sibuk. Jadualnya sentiasa penuh dan ada sebab mereka begitu. Kalau mampu nak bayar (dalam budget) cepat2 tempah. Tapi janganlah 2-3 tahun lagi nak kahwin dah tempah. Entah2 photographer tu dah arwah. Sebab sehari bertangguh ada kemungkinan tarikh tu diambil orang lain. Lagipun bukan korang berdua je nak kahwin, orang lainpun nak kahwin gak :)
  7. Lain-lain – Perkara lain ni kekadang perlu diambil kira. Antaranya adakah photographer tu ada pembantu semasa majlis, ada tak back-up equipment, camne dia pakai masa majlis nanti (korang boleh lempang dia kalau datang pakai seluar pendek time shoot nikah) dan perkara2 lain yang berkaitan. Apa yang penting photographer tu mmg wujud dan bukanlah photographer penipu yang semakin banyak kat pasaran sekarang.

Kesimpulannya senaraikan beberapa photographer pilihan. Jumpa mereka dan lihat hasil kerja mereka. Kenal karekter mereka. 80% pelanggan aku datang dari bersemuka seperti ini. Mungkin sebab aku sangat comel, baik hati dan berhemah tinggi, haha *perasan. Survey harga mereka dan pekej yang ditawarkan. Oh ya, photographer biasanya kurang entertain pertanyaan yang tidak serius terutamanya melalui mail.

Seeloknya pertanyaan tu disertakan dengan tarikh, lokasi, jenis album dll. Ini bertujuan nak jaga market dan pastikan hanya orang yang benar2 nak kahwin yang tanya. Bukan kanak2 bawah umur (boleh kena penjara ni) ataupun pesaing2 yang ada niat tak baik dengan mereka :) Ia juga bertujuan supaya mereka masih available pada tarikh yang ditanya tersebut.

Perlu diingat photographer juga manusia. Bukan robot, mereka juga ada perasaan. Ada masanya buat kesilapan. Itulah perlunya berbincang supaya benda camtu dapat diminimumkan pada hari bersejarah korang semua. Akhir sekali, tepuk dada, tanya pada diri sendiri sakit ke tak? hahahaha *takde kaitan, Sekian.

*Catatan Januari 2010


Nota kaki : Nantikan full entry majlis kat atas ni :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips : Perbaiki komposisi amik gambar

Bismillahirramanirrahim


Hari ni aku nak kongsi tips untuk mengambil gambar yang lebih baik. Perkara ni merupakan perkara paling asas dalam kaedah mengambil gambar dengan cara yang betul:) Jadi ia mmg tak sesuai kepada sesiapa yang dah terer amik gambar. Photographer2 sila beredar ye. Syoh syoh,hahaha.

Rules Of Third (RO3)

Mengikut peraturan RO3 ini, kita cuba ELAK meletakkan subjek sama ada manusia, haiwan dan benda ditengah2 gambar. Jadi sebelum korang tangkap gambar cuba bayangkan satu garisan melintang dan menegak dibahagi 3 seperti gambar kat bawah ni. (Kebanyakkan kamera digital dah ada fungsi ini)


Asas dalam Rules of Third (RO3)


Titik pertemuan tu di kenali sebagai ‘Point of Interest‘ yang kita kena letak subjek. Kalau kita taruk subjek kita kat situ impak gambar yang kita ambil akan lebih kuat dan biasanya gambar akan kelihatan lebih menarik, tertarik ko memang de..(apa aku mengarut ni!, fokus fokus)

Ingat lagi tak dulu kita selalu kalau pi mana-mana amik gambar mesti nak taruk orang tu kat tengah2. Pastu kalau orang tu amik gambar jauh tak nampak muka kita bising. Siap cakap “ Wei, ko ni tak tau amik gambarlah, muka aku tak nampaklah wei. Kecik sangat ni!!”,hehe.

Mari analisis gambar kat bawah ni mengikut kaedah RO3.

Gambar tak ikut RO3 *gambar dari En Google


Gambar camtulah yang kita selalu amikkan? Sebenarnya takde masalah gambar camtu. Akupun kekadang amik gambar camtu gak. Cuma ia tidak mengikut RO3 lah. Sebab kalaulah aku pergi London ke, Tokyo ke, New Zealand ke pastu amik gambar camtu orang bleh pertikaikan.

Tipulah ko gi London, ni macam kat Banting kampung aku je”, “Apesal gambar kat Jepun ko ni macam kat Sogo KL je” dsb, hahaha. Memang betul cakap dia sebab aku punye gambar dah penuh satu gambar tu. Background nampak sikit je. Kata nak tunjuk gambar kita kat situ, jadi kenalah jadikan backgorund tu main subject kita.

Sebab tu aku pelik kekadang orang suka sangat nak nampak muka dia jelas dan besar dalam gambar. Padahal suasana atau background tu lah yang menguatkan cerita dalam gambar tu. Asalkan kita tahu dalam gambar tu ada kita sudah cukup. Kalau nak tengok muka jelas sangat amik je gambar ala-ala gambar friendster yg guna kamera hp dari atas cam budak remaja belasan tahun tu,wakakaka.

Ni antara contoh gambar yang mengikut RO3 yang betul. Sebenarnya ia boleh diaplikasikan kat mana2 sama ada gambar pemandangan, outdoor, potret dsb.

Gambar tasik 2/3 dan langit 1/3 dari gambar *gambar En Google

Gambar pengantin yang aku sengaja letak kat tepi dan follow RO3

Gambar outdoor portraiture yang juga follow RO3 *gambar sifu Udey Ismail

Gambar ni juga aplikasikan RO3 *gambar En Google.


Kalau lihat gambar-gambar di atas, kita boleh lihat subjek diletakkan 1/3 daripada keseluruhan gambar. Bukan setakat vertikal tetapi juga horizontal yang biasanya menjadi latar belakang turut mengikut peraturan RO3 ini.

Sebenarnya banyak lagi bab untuk memperbaiki komposisi mengambil gambar ni seperti leading lines, shadow, pattern & shape, reflection dan foreground frame. Semua tu membantu mendapatkan gambar yang lebih menarik dan mengikut peraturan yang betul. Tapi sebagai asas RO3 adalah satu permulaan untuk korang semua cuba.

Memang kita boleh bila-bila masa ‘break the rules’ dalam mengambil gambar ni. Tapi kalau rules tu pun tak reti, apekejadah nak break rules,hahaha. Contohnya kalau nak letak subjek kat tengah2 pastikan kiri dan kanan subjek adalah seimbang dsb. Akhirnya, benda ni hanyalah sebagai panduan. Supaya kita dapat hasilkan gambar lebih baik. Tapi kalau taknak ikut ye takpelah. Sekurang-kurangnya korang tahu peraturan tu ada :)



Nota kaki : Dah lama aku tak makan tempe, teringinlah,huhuhu.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips amik gambar wedding utk newbies

Bismillahirramanirrahim


Jejaka penyeri entry ini, Kerul Shukor :)


Ada orang tanya aku tips untuk mengambil gambar wedding. Katanya nak ambil gambar kakaknya yang kahwin. Sebenarnya benda ni memang akupun tak belajar secara proper. Ia berdasarkan pemerhatian aku terhadap photographer2 yang lebih berpengalaman bekerja dan pengalaman aku menjalankan tugas.

Jadi aku rasa bagi tak menghampakan orang tu aku akan share tips yang berguna. Tapi oleh kerana aku malas nak fikir dan aku telah jumpa tips yang best dari Sifo Adiman aka Karimpeng hensem, maka aku copy paste apa yang dia tulis kat blog dia,keke. Semua kredit adalah untuk beliau :)

Berikut adalah tips untuk newbie (yang dah terer tak payah baca,haha) :

  1. Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
  2. Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
  3. Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
  4. Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Kau suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
  5. Pengantin mulut busuk – sapa soh kau hidu. Keje kau amik gambar je. Tak malu.
  6. Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni kau kene belaja banyak buat lawak dan kau jangan lak muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah kau geletek saja. Lepas tu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
  7. Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
  8. Pengantin taknak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
  9. Pengantin lelaki marah kau sebab usha bini baru dia – Sapa suruh kau usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
  10. Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.

Kesimpulannya, kerja ambil gambar ni bukan kerja mudah, tanggungjawab besar. Moment yang terlepas takkan dapat diulang lagi. Kemahiran mengendalikan kamera juga sangat penting. Kamera mahal belum tentu dapat capture moment yang best. Boleh jadi ia hanya kamera ofis yang dipinjamnya,hahaha. Bak kata Adiman, takkan nak suruh kahwin lagi sekali, orang lelaki sukalah,kekeke.


Nota kaki : Kedua2 orang sahabat aku tu masih single tau. Jadi kepada ciki2 diluar sana yang mahu berkenalan silalah hubungi mereka ye. ( Perrghh, siap promote member lagi tu, hahaha )


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips : Amik gambar guna kamera murah :)

Bismillahirramanirrahim



Baru-baru ni ada seorang sahabat aku tanya camne nak hasilkan gambar best dari kamera yang murah. Sebenarnya kamera dia taklah murah, entry level DSLR, D40. Tapi dek kerana rajin berforum pastu ramai suruh upgrade kamera je diapun tergugatlah. Memang kamera mahal lebih memudahkan kerja dan ada kelebihan dari segi kualiti gambar. Tapi ia bukanlah jaminan boleh hasilkan gambar yang superb sepanjang masa tanpa ilmu :)

Entry level DSLR kamera memang ada kelemahan tapi janganlah fikir kelemahan dia je. Kita fikir apa kelebihan kamera tu bleh buat untuk hasilkan gambar yang baik. Contohnya, dah tau kamera tu cuma 3 frame per second je, janganlah ngengada nak tangkap gambar Formula One :) Pastu nak tembak macam machine gun. Kalau terpaksa tu blehla amik gambar sikit2 tapi lagi best kalau tak payah dan amik gambar pemandangan je.

Teaser : Majlis Perkahwinan Cikgu Shahidan & Cikgu Hanifah, Kampar Perak


Kalau takde external flash plak, guna built in flash je. Walaupun byk limitasi cubalah kerja dengan limitasi yang ada. Tapi nak lagi senang, belajar je amik gambar outdoor. Mahirkan dulu skill kat mana2 bidang yang mampu dibuat oleh peralatan kita. Fokus kat kelebihan kamera kita. Yang penting semangat kita untuk belajar ambik gambar. Jangan sebab peralatan tak best, rasa tak best dan tak bersemangat nak ambik gambar.

Sebenarnya kalau kita start dengan kamera yang asas, kita akan belajar untuk asah skill kita dengan lebih baik. Orang dulu-dulu amik gambar takdepun LCD screen, auto focus, continuous drive dsb. Tapi dengan semua teknologi yang kita ada sekarang, kita masih tak bleh hasilkan gambar macam diaorang. Kenapa?? berhenti bagi alasan dan terus belajar!!


Nota kaki : Aku bagi tips bukan bermakna aku bagus sangat. Akupun hempeh gak. Cuma nak kongsi ngan kengkawan lain je mana yang aku tahu :)

Nota kaki 2: Nantikan full entry wedding Cikgu Shahidan & Cikgu Hanifah dalam masa terdekat. Aku sangat bizi sekarang.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com