Tips pilih wedding photographer part 2

Bismillahirrahmanirrahim



Bertemu lagi kita di ruangan tips minggu ini, haha. Kali ni aku nak sambung Tips Memilih Photographer Wedding yang aku pernah tulis sebelum ni. Cuma aku nak khususkan kepada style photographer sebab ada sahabat aku minta jelaskan tentang itu lagi. Tujuan aku tulis ni supaya korang dapat sedikit idea tentang beberapa genres photography wedding yang ada kat negara kita :)

Teaser Hani & Zairy , Putrajaya :)



Sekali lagi, ini semua berdasarkan pandangan aku sahaja. Walaupun mungkin banyak kategori dan sub-kategori nak klasifikasikan tapi aku cuba jelaskan dalam lingkungan pengetahuan aku supaya korang dapat sedikit gambaran.

  1. Klasik – Sebenarnya berdasarkan pemerhatian aku tak ramai photographer wedding kat sini yang guna style ni. Biasanya angle mereka simple, pose mereka neutral dan romantik. Ada unsur ‘elegan’ dalam gambar. Tak ada ketawa berdekah2 dan gaya luar biasa. Editing mereka minimum. Mereka tak tekankan sangat persekitaran tetapi memang pandai berikan emosi dalam gambar. Banyak photographer luar negara guna style ni. Aku memang minat gila style ni sebab dekat kat hati aku :) Insyaallah aku memang ke arah itu.
  2. Photojournalism – Asalnya kategori ini tidak berkaitan dengan wedding. Tetapi ia semakin diterima bila telah meluas digunakan di seluruh dunia. Malah ada beberapa photographer Malaysia yang mendapat pengiktirafan WPJA antarabangsa. Mereka hampir tidak langsung mengarahkan pengantin untuk pose. Kebanyakkan gambarnya adalah candid dengan cerita di sebalik gambar tersebut.
  3. Photografik – Photographer genre ni memang menekankan editing dalam gambar mereka. Hampir semua gambar mereka akan edit mengikut pelbagai jenis editing yang ada. Bagi mereka yang pro biasanya gambar tersebut akan berikan impak yang lebih kuat. Tetapi boleh juga menjadi nightmare bagi yang kurang ilmu tentang perkara ini. Oleh kerana aku jenis suka warna neutral, aku tak masuk sangat dalam line ni. Aku pun tak suka kalau kaler baju aku jadi lain dari warna sebenar bila dalam gambar. Tapi semua itu personal preferences lah :)
  4. Mix – Photographer genre ni pula jenis campur2 :) Ambil sini sikit, sana sikit dan gabungkan. Ada yang suka guna lighting semasa outdoor dan ada yang tidak. Ada shoot yang ceria ada shoot yang skema. Aku rasa ramai yang masuk dalam kategori ini termasuklah aku, hehe. Sebab tu susah nak kategorikan mereka. Tetapi kalau selalu lihat gambar yang dihasilkan, tanpa disedari sebenarnya mereka juga mempunyai identiti sendiri.

Kesimpulannya cuba tanya diri sendiri suka konsep camne dalam wedding korang nanti. Baru cari photographer dalam genre tersebut. Lebih mudah kalau kita dah tahu style dan genres yang kita suka. Sebagai rules of thumb pilih yang paling dekat di hati kita dan yang penting dalam lingkungan budget kita. Perlu diingat sekali lagi photographer mempunyai teknik shoot, kemahiran editing, kreativiti, specialty serta equipment yang berbeza.

Namun sebagai orang yang bertamadun, kita kena belajar hormati hasil kerja orang lain walaupun ia tidak berkenan di hati kita. Sama seperti kita hormati pemilihan warna tema dan baju sahabat kita yang berkahwin :) Sebab tanpa sedar mungkin ramai juga yang tak suka pilihan kita walaupun kita rasa ia yang paling terbaik. Kerana cantik itu merupakan sesuatu yang subjektif. Wallahua’lam.



Nota kaki : Sebenarnya aku malu sebab hanya mampu doakan keselamatan konvoi bantuan ke Gaza yang diserang tentera Israel semalam tanpa terlibat secara langsung dengan mereka. Kematian dilaporkan seramai 9 orang. Lagi sedih bila ada yang langsung tidak ambil kisah tentang tu kat sini. Tolonglah umat Islam menentang musuh kami Ya Allah.

Nota kaki : Nantikan full entry majlis kat atas ni selepas ni :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips untuk pengantin perempuan :)

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Mira & Faiz, Taiping :)


Sepanjang aku ambil gambar pengantin ni, satu perkara yang aku perasan ialah kadangkala ada masanya keadaan tidak seperti yang diharapkan oleh pengantin semasa majlis sedang berlangsung. Contohnya perancangan tentang pengapit, perjalanan majlis, makanan dan sebagainya yang di luar kawalan pengantin lagi semasa majlis telah berjalan.

Bagi pengantin yang tidak dapat mengawal perasaan, benda seperti ini kadangkala boleh membuatkan pengantin moody dan tidak ceria. Biasanya ini banyak terjadi kepada pengantin perempuan sebab lelaki biasanya memang rileks sampai tidak kisah apa-apa :) Ada juga pengantin yang jadi ‘raksasa’ yang marah semua orang termasuk mak ayah, adik beradik termasuk suami bila ada benda yang tidak berjalan seperti yang dirancang. Sebenarnya tanpa disedari inilah ujian awal buat pasangan tersebut.

Apa yang boleh dilakukan bila ini berlaku ialah bertenang. Cuba kawal perasaan. Cuba fikir kembali apa tujuan majlis tersebut dilaksanakan. Untuk meraikan sahabat dan tetamu ataupun untuk tujuan lain. Berhenti fikir tentang nak kagumkan semua orang. Memang akan ada benda kecil yang kadangkala tidak seperti yang diharapkan. Tetapi kalau hanya disebabkan goodies bag pun pengantin masam sepanjang majlis memang menunjukkan dia kurang bijak mengawal emosi.

Tetamu tak pernah expect majlis berjalan sempurna. Kalau ada kekurangan biasanya mereka faham kesukaran menguruskan majlis sebesar itu. Jadi tak perlu risau tentang apa yang mereka fikirkan. Adalah bijak untuk melantik seorang yang bertugas sebagai ‘floor manager’ yang mengurus perjalanan majlis. Pengantin sebaiknya menikmati hari berbahagia mereka dengan tenang, ceria dan bersemangat. Sambut kehadiran kawan-kawan yang datang dengan baik dan tidak terlalu fikir kekurangan yang ada dalam majlis. Kerana hari itulah yang akan diingati seumur hidup dan itulah tujuan majlis tersebut diadakan pada awalnya :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com