Tips untuk pengantin perempuan :)

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Mira & Faiz, Taiping :)


Sepanjang aku ambil gambar pengantin ni, satu perkara yang aku perasan ialah kadangkala ada masanya keadaan tidak seperti yang diharapkan oleh pengantin semasa majlis sedang berlangsung. Contohnya perancangan tentang pengapit, perjalanan majlis, makanan dan sebagainya yang di luar kawalan pengantin lagi semasa majlis telah berjalan.

Bagi pengantin yang tidak dapat mengawal perasaan, benda seperti ini kadangkala boleh membuatkan pengantin moody dan tidak ceria. Biasanya ini banyak terjadi kepada pengantin perempuan sebab lelaki biasanya memang rileks sampai tidak kisah apa-apa :) Ada juga pengantin yang jadi ‘raksasa’ yang marah semua orang termasuk mak ayah, adik beradik termasuk suami bila ada benda yang tidak berjalan seperti yang dirancang. Sebenarnya tanpa disedari inilah ujian awal buat pasangan tersebut.

Apa yang boleh dilakukan bila ini berlaku ialah bertenang. Cuba kawal perasaan. Cuba fikir kembali apa tujuan majlis tersebut dilaksanakan. Untuk meraikan sahabat dan tetamu ataupun untuk tujuan lain. Berhenti fikir tentang nak kagumkan semua orang. Memang akan ada benda kecil yang kadangkala tidak seperti yang diharapkan. Tetapi kalau hanya disebabkan goodies bag pun pengantin masam sepanjang majlis memang menunjukkan dia kurang bijak mengawal emosi.

Tetamu tak pernah expect majlis berjalan sempurna. Kalau ada kekurangan biasanya mereka faham kesukaran menguruskan majlis sebesar itu. Jadi tak perlu risau tentang apa yang mereka fikirkan. Adalah bijak untuk melantik seorang yang bertugas sebagai ‘floor manager’ yang mengurus perjalanan majlis. Pengantin sebaiknya menikmati hari berbahagia mereka dengan tenang, ceria dan bersemangat. Sambut kehadiran kawan-kawan yang datang dengan baik dan tidak terlalu fikir kekurangan yang ada dalam majlis. Kerana hari itulah yang akan diingati seumur hidup dan itulah tujuan majlis tersebut diadakan pada awalnya :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com