Kenapa wedding photographer mahal?

Bismillahirrahmanirrahim



Aku mohon maaf sebab tak dapat update full entry majlis lepas buat masa ni. Ada beberapa kerja-kerja lain yang terpaksa aku utamakan di kantor:) Ada beberapa sahabat pernah bertanya aku sebelum ni : Kenapa wedding photographer mahal ek? Ok kali ni aku nak jelaskan. Ini juga sebagai kesinambungan dari entry “Perlu ke wedding photographer ?” yang lepas.

Teaser Nana & Halim, Kapar



Sekali lagi benda ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku semata-mata. Ia mungkin berbeza bagi setiap photographer. Ia juga mungkin apply pada sesetengah photographer dan tidak pada yang lain :) jadi kenapa ye harga wedding photographer agak mahal?

  1. KOS TETAP : Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera. Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan member photographer aku kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, drybox, beg, kos selenggara dan sebagainya.
  2. KOS MASA BEKERJA : Bagi aku ni merupakan perkara paling penting. Kalau majlis sanding hingga sesi outdoor ia meliputi 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk tambahan shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). Kalau photographer part time biasanya mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit serta rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 2 atau 3 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja seperti biasa. Hujung minggu pula tak boleh buat editing sebab ada tugasan lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga korang?
  3. KOS ALBUM : Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
  4. KOS PROFESSIONAL: Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia sangat penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran editing, pengalaman PR dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama, haha. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki. Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?


Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar wedding photography. Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? Aku harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Wallahua’lam.


Nota kaki : Aku akan kembali dengan full entry majlis-majlis ni, stay tune!!

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Salam Tahun Baru 2010 :)

Bismillahirramanirrahim



Selamat tahun baru 2010 aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ni. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan semangat kepada aku selama ini terutamanya wife, keluarga, sahabat2 dan ex-client. Aku sangat-sangat hargainya. Sesungguhnya tanpa sokongan dari kalian semua mungkin aku ni hanya insan biasa yang mungkin sama ngan pekerja2 Nepal yang kerja kilang kat kampung aku tu :)

Tahun lepas setiap kali sebelum pergi kerja mesti mak aku hantar sampai ke pintu rumah. Itulah juga yang mak buat bila adik beradik aku pergi mana2 sejak sekolah rendah dulu. Bila mak dah tak buat camtu lagi barulah aku rindukan perkara camtu. Nampak kecil je tapi benda tu lah yang menyebabkan aku tak sampai hati nak tinggi suara ngan mak atau melawan kata2 mak;( Itulah perkara penting yang aku belajar bila aku dah hidup berkeluarga sendiri tahun ni.


Setahun yang lepas aku berazam nak mencuba penetrate market wedding photographer ni. Alhamdulillah, walaupun tak dikenali tapi ada juga beberapa customer yang percaya hasil kerja aku walaupun saingan dalam industri ni semakin banyak dan hebat. Aku percaya Allah dah tetapkan rezeki kita masing-masing, terpulanglah kita nak berusaha ambil peluang tu ataupun sebaliknya.

Insyaallah tahun ni aku akan berusaha perbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada. Aku nak tambah lagi pengetahuan dan skill dalam bidang ni termasuk hasilkan album yang lebih berkualiti dan lebih memuaskan hati bakal pelanggan aku. Aku doakan semoga tahun ni sahabat2 photographer aku juga dapat banyak job dan semua pembaca blog ni diluaskan rezeki yang halal, amin.

Semoga para penggerak dakwah Islamiyyah dapat merencanakan sesuatu yang lebih baik tahun hadapan demi agama Islam kita yang tercinta. Semoga pemimpin negara terutamanya negara2 Islam mendapat ilham dan petunjuk dari Allah untuk menguruskan negara dengan lebih baik. Akhir kata, cintailah kedamaian dan sifat bertoleransi sesama manusia. Jauhilah permusuhan dan persengketaan yang tak memberi erti kepada kita semua. Wallaahua’lam.


Nota kaki : Berusahalah untuk menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada ramai umat manusia dan bukan sebaliknya. Semoga rahmat dan keampunan Allah sentiasa menaungi kita semua, amin.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Mood selepas raya haji

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah, aku dapat kembali bekerja arini walaupun badan rasa tak berapa sihat. Sebenarnya aku rasa sedikit rugi sebab raya haji ni tak dapat nak melapah lembu korban seperti tahun2 lepas. Oleh kerana kebanyakkan tempat buat korban pada hari Sabtu maka aku tak dapat join sebab dah berada di Johor Bahru untuk majlis perkahwinan client aku. Rindu plak dengan bau hanyir darah lembu, bau daging segar dan suasana gotong royong tersebut :)

Teaser Majlis Perkahwinan Ahad lepas di Johor Bahru


Sekarang ni tiap-malam aku terpaksa tidur lewat menyiapkan album-album customer. Memang itulah lumrah hidup photographer picisan cam aku ni. Ketika orang lain berehat2 bersama keluarga menonton TV, melayari internet, dinner diluar dsb aku terpaksa bersengkang mata hingga 2-3 pagi siapkan kerja dan terpaksa bangun awal untuk kerja pada keesokkan harinya.

Orang diluar nampak kerja photographer selesai selepas habis majlis perkahwinan. Tetapi sebenarnya ia baru separuh dari tugas photographer tersebut. Proses memilih gambar, design layout album dan editing gambar kekadang memakan masa jauh lagi lama dari proses shoot gambar tu. Aku ada ramai member photographer berkeluarga yang terpaksa korbankan masa bersama anak-anak dan keluarga untuk laksanakan tanggungjawab terhadap tugas yang diterimanya.

Ada masa nanti aku akan cerita lebih lanjut tugas belakang tabir seorang wedding photographer yang kebanyakkan orang tak tahu termasuklah aku masa mula2 masuk bidang ni dulu. Camna rasanya kerja setiap malam dari 9 malam sampai 2 pagi selama berminggu-minggu tapi benda tu jarang diketahui orang lain. Camne pula rasanya berhadapan dengan customer yang demand macam2 tapi sangat liat nak bayar dan sebagainya..:) tunggu deh..


Nota kaki : Aku kena tunggu OP majlis Sobrina & Fairuz upload entry majlis mereka terlebih dahulu sebelum aku boleh publish kat sini.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips : Perlu ke Wedding Photographer?

Bismillahirrahmanirrahim




Masa aku hadiri satu majlis kahwin sahabat aku baru-baru ini aku duduk semeja ngan seorang yang boleh aku gelarkan abang. Dalam borak2 tu dia ada sentuh pasal photografi kahwin :) dia bising katanya adiknya amik pakej kahwin sampai beribu2, membazir katanya!! Dia cakap sepatutnya RM500 je dah cukup, duit lebih boleh buat benda lain. Aku senyum je. Aku tak bagitau akupun wedding photographer,hehe.

Kali ni aku nak kongsi sebab kenapa perlu hire photographer yang baik dalam sesebuah majlis perkahwinan. Aku taknak berdebat ngan dia masa tu takut dia tumbuk aku plak, dahla badan dia besar gila,haha.

  1. Kalau tengok budget untuk kahwin secara kasar; catering RM20,000 , baju kahwin+mak andam+pelamin RM2,000 – RM5,000, brg hantaran RM3,000, goodies RM2,000 dll. Semua benda tu kalau korang perasan takde satupun yang kekal sampai seminggupun. Hanya gambar/video kahwinlah satu-satunya memori yang boleh ditatap sampai berpuluh tahun. Tetapi investment untuk itu selalu berada dalam list2 akhir dan dipandang remeh kebanyakkan pasangan.
  2. Aku pernah jumpa orang yang beli kek kahwin sampai harga RM500 bertingkat2, sewa gaun cantik gila dengan harga beribu2. Tapi bila tanya dia, photographer rasmi(OP) majlis tu pakcik dia yang sponsor. Dia tak bayar satu senpun sambil tersenyum bangga. Sekali tengok hasil sangat menyedihkan sampai diapun menangis depan OP tu. Pastu dia tak pernah tunjuk album tu kat sesapa lagi. Salah siapa?
  3. Perkahwinan ni banyak moment2 yang ceria. Sesuatu yang sangat indah untuk dikenang pada masa hadapan. Kalau pilih photographer yang baik, biasanya detik2 penting seperti itu dapat dirakam dengan baik. Hasil kerja dan bayaran setiap phographer ni berbeza mengikut kemahiran mereka. Sebab tu ada orang2 kaya sanggup bayar sampai puluhan ribu untuk servis photography hanya untuk dapatkan gambar yang berkualiti. Kenapa dia tak hire orang yang tawarkan pakej RM500 je. Kan lebih murah dan menjimatkan?
  4. 20 tahun lepas; pakej mak andam+pelamin cuma RM300 sekarang dah cecah RM2,000. belanja kahwin dulu RM500 sekarang dan lebih RM8,000, harga emas dulu RM20-RM30 je sekarang dah RM120 satu gram, 50 gram?. Untuk khidmat jurugambar plak dulu RM300, tupun jurugambar cina yang datang rumah bawak lampu besar gedabak dan amik gambar atas pelamin je. Sekarang dengan macam2 event (nikah+berinai+bersanding) sampai 2-3 hari siap outdoor lagi takkan cuma budget RM500 je?? Makin teruk dari zaman dulu nampaknya,huhu.


Kesimpulannya, bagi aku gambar kahwin ni juga adalah satu pelaburan. Baju pengantin yang lawa, makeup yang cantik serta persiapan majlis yang gempak pun tak memadai kalau takde siapa yang merakamkan detik2 penting tu. Sebab makin lama kenangan tu akan pudar ditelan masa.

Pernah bayangkan tak satu hari nanti, bila dah tua duduk kat kerusi malas. Anak-anak semua dah besar dan tinggal berdua ngan isteri, antara perkara berharga yang boleh dikenang bersama ialah mengimbas kenangan masa kahwin dulu sambil melihat album kahwin bersama-sama.

Masih boleh tergelak dengan peristiwa berpuluh2 tahun dulu ketika muda remaja. Ketika kulit masih licin, gigi masih ada, badan masih kuat dan masih kurus,hehe. Anak2 dan cucupun boleh mengusik kita dari gambar2 tu. Benda camtu adalah ‘precious moment’ yang takkan dapat diulang semula. Benda tu hanya boleh diperolehi dengan pelaburan sekali je seumur hidup yang masih ramai tak ambil peduli :)


Nota kaki : Nanti aku akan tulis tips cara terbaik pilih photographer kahwin plak :) stay tune!!

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com