Outdoor Zaide & Ain, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim



Rasa macam dah lama gila tak update blog ni. Alhamdulillah, semua projek dan kerja yang agak berat di kantor hampir berlalu. Tinggal beberapa kerja rutin yang perlu diselesaikan. Aku ada hutang beberapa entry nak publish di sini. Insyaallah aku cuba selesaikan dalam masa terdekat ni.

Entry kali ni adalah sambungan dari entry lepas iaitu pasangan Zaide & Ain. Kali ni aku update sesi outdoor semasa diaorang bertandang di Klang. Masa nak keluar outdoor tu cuaca memang mendung. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sampailah selesai sesi tersebut :)

Layan sikit sekitar sesi outdoor diaorang ni ni Shah Alam.

ain36

ain38

ain40

ain41

ain42

ain39

ain43

ain44

ain45

ain47

ain46




Sebenarnya sehingga entry ni ditulis aku dah terima lebih dari 10 pertanyaan untuk majlis yang akan dilangsungkan pada November dan Disember 2011 ini. Terima kasih semua yang bertanya :) Tetapi aku mohon maaf sebab buat masa ni aku masih belum buka untuk tempahan pada tarikh tersebut.

Aku ada beberapa urusan keluarga yang dirancang pada waktu tersebut. Oleh kerana masih belum confirm jadi aku sengaja block semua tarikh pada 2 bulan tersebut. Insyaallah aku maklumkan di sini sekiranya aku dah available semula. Kalau ada rezeki boleh bekerjasama :)



Nota kaki : Projek portal zakat aku dah hampir siap. Boleh gi sini nak tengok website zakat selangor yang baru [ ZAKAT SELANGOR ]. Kalau ada komen boleh juga tulis kat sini utk aku perbaiki:) Thanks.

Nota kaki 2: Mari sama2 doakan semoga semua rakyat malaysia terutamanya pelajar yang berada di Mesir selamat dari huru hara yang berlaku. Tapi aku juga harap kerajaan Hosni Mubarak jatuh untuk kebaikan umat Islam di Gaza, insyaallah.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Cerita tentang zakat & fidyah

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Umair & Fathiyyah, Kajang


Sebagai memenuhi tanggungjawab aku sebagai salah seorang yang bertugas di institusi zakat, aku nak beri beberapa info yang mungkin berguna kepada sahabat2 semua yang masuk sini. Kalau ada yang tak jelas boleh tanya aku ye :)

  1. ZAKAT FITRAH
  2. Zakat fitrah dikira berdasarkan berat makanan asasi (beras) satu gantang baghdad (2.75kg). Kadarnya di Selangor RM7.00. Seeloknya kita kira jumlah sebenar berdasarkan beras yang kita makan. Contohnya Kita biasa beli beras wangi 10kg = RM40. Jadi kadar zakat fitrah sebenar satu kepala adalah RM10.80 (2.75kg x RM4.00).

    Tetapi kebanyakkan institusi zakat mempunyai resit mengikut gandaan (eg :RM7.00) bagi memudahkan urusan rekod dan pemantauan jumlah umat Islam yang membayar zakat fitrah. Jadi mungkin boleh bayar 2 resit sekiranya berniat untuk lebihkan bayaran. Kalau seorang manusia tu hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal walau sesaatpun dan mampu makan pada siang syawal, maka wajib bayar zakat fitrah.

  3. FIDYAH
  4. Kadar fidyah pula ialah 1 cupak beras. 1 gantang = 4 cupak. Jadi kadar fidyah adalah sebanyak RM1.75. Fidyah seeloknya ditukarkan kepada nilai beras yang setara dan diberikan kepada fakir miskin. Kiraan fidyah : [Bilangan hari tinggal puasa X RM1.75]. Kalau melangkau tahun kena doublekan nilai fidyah tersebut. Tetapi jumlah puasa yang wajib qada’ tetap sama.

  5. FIDYAH UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU BADAN
  6. Kalau tidak berpuasa sebab takut menjejaskan kandungan/anak maka wajib qada’ dan bayar fidyah. Kalau tidak berpuasa sebab takut mudharat kepada dirinya sendiri maka wajib untuk qada’ puasa sahaja.

  7. FIDYAH UNTUK ORANG TUA
  8. Sekiranya orang tua tersebut memang tidak mampu berpuasa atau disahkan doktor tidak boleh berpuasa maka mereka tidak wajib puasa dan hanya perlu membayar fidyah. Seeloknya disegerakan supaya tidak membebankan pada kemudian hari.


Dengan kadatangan bulan Ramadhan ini maknanya peluang untuk melipatgandakan pahala amalan terbuka luas. Setiap amalan di bulan ramadhan akan digandakan pahala amalannya. Sebab tu kita kena berusaha menambahkan amalan kita berbanding bulan-bulan biasa. Ini termasuklah dengan melaksanakan zakat-zakat lain di bulan ini, memperbanyak sedekah jariah, membaca al-Quran dll di samping solat2 sunat Tarawikh pada setiap malam Ramadhan.

Bulan Ramadhan ni cuma datang sekali je dalam setahun. Cubalah korbankan sedikit masa rehat, masa tidur dan masa lapang untuk meraikan kemuliaan Ramadhan ini. Mungkin dengan latihan-latihan begitu dan rahmat Allah kita bakal keluar dari bulan ni dengan menjadi insan yang lebih baik dari semua perkara, dihapuskan Allah dosa2 lepas dan sekiranya ditakdirkan mati, akan mati dengan mati yang baik dalam keadaan hampir dengan Allah. Insyaallah.


Nota kaki : Kalau ada soalan apa2 berkenaan zakat dan fidyah boleh tanya aku kat rungan komen ye. Insyaallah aku cuba jawab dan bertanyakan kepada orang yang lebih pakar di sini sekiranya aku kurang arif tentang itu. Terima kasih.


Wallahua’lam.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Nana & Halim, Kapar

Bismillahirrahmanirrahim



Weekend lepas ni aku balik kampung. Rasa dah lama sangat tak balik ke kampung padahal dekat je, huhu. Dapatlah tengok kebun yang sekarang ni tengah tanam jagung dan pisang tanduk sementara menunggu tanam anak pokok kelapa sawit. Rindu plak nak kerja bercucuk tanam ni. Kepuasan rasa hasil tanaman sendiri memang tak dapat digambarkan dengan kata2, ceewahh.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Nana & Halim yang diadakan di Kapar, Klang. Nana ni sebenarnya ofismate aku. Pasangan ni memang ceria habis lah. Memang seronok bekerjasama dengan diaorang ni. Beberapa bulan sebelum majlis nikah ni Halim terlibat dalam kemalangan jalan raya. Memang agak teruk sampai Halim terpaksa gunakan tongkat. Semasa majlis nikah ni dia masih belum sembuh sepenuhnya. Jadi majlis nikah terpaksa diadakan di atas kerusi.

Layan sikit gambar majlis diaorang ni yang diadakan di Masjid As-Syarif, Pekan Meru.


Aku cover majlis diaorang ni dari nikah, malam berinai sampailah majlis persandingan. Sebenarnya kalau pengantin ceria dan bersemangat ia dapat memberi aura positif kepada orang di sekeliling. Tetamu yang hadirpun dapat merasai kegembiraan pasangan pengantin tu. Sepanjang masa asyik tergelak je. Aku tengok nana tergelak pun boleh ketawa walaupun tak tahu apa yang digelakkannya, haha.


Masa nak keluar outdoor tu aku sempat amik gambar kat dinding bilik nana tu. Cantik betul dinding warna purple tu :) Walaupun banyak barang kat situ aku gagahkan juga ketepikan semuanya, haha. Banyak gak pose gila-gila diaorang kat sini tapi ada yang tak boleh taruk sini, hehe. Pastu kitorang pun outdoor kat taman apa tah sebelah KFC kat Tesco Meru tu.

Aku sekarang ngah belajar main gradient guna warna-warna dalam photoshop. Jadi kebelakangan ni aku taruk gambar2 camtu kat sini. Tapi dalam album masih belum letak lagi, hehe. Sebenarnya nak minta komen korang pasal warna ni supaya aku boleh perbaiki lagi pada masa hadapan. Bukan apa, kekadang akupun sengal ubi gak bila dah penat depan komputer, haha


Untuk akhirnya, terima kasih kepada keluarga nana dan kedua pasangan pengantin yang ceria. Semoga hidup korang bahagia dan kekal hingga ke syurga Allah. Mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang bekerja dengan korang. Terima kasih juga kepada sahabat aku Khairul Hafiz yang join aku shoot pada hari persandingan. Bilalah giliran ko cot? hahahaha.


Nota kaki : Aku jadi amil kat kaunter Zakat Kajang lagi Ramadhan ni. Nanti datanglah kajang nak bayar zakat, boleh jumpa aku, kekeke.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tentang Indonesia

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lepas aku berpeluang melawat Jakarta-Bandung dalam lawatan kerja bersama sahabat-sahabat ofis. Satu perkara yang buat aku tersentuh bila berada di sana ialah melihat bagaimana sesetengah mereka melakukan apa jua perkara bagi mendapatkan sesuap nasi untuk makan. Jurang antara yang kaya dan miskin terlalu jauh dan perbezaan tersebut sangat ketara.

Ketabahan, kecekalan dan semangat mereka mendapatkan rezeki sangat dikagumi. Seorang lelaki tua lingkungan 50an (baya bapa2 kita) yang aku jumpa hanya memperolehi sekitar RP25,000 (RM9) sehari untuk kerja berat seharian selama 12 jam membuat jambatan. Beliau datang dari jauh dan bermalam di bawah jambatan yang dibinanya semata-mata untuk menyara keluarga yang jauh di kampung. Itu belum kanak berumur 5-6 tahun yang turut bekerja untuk mendapatkan duit.

Aku ada beberapa gambar snap-shoot yang aku tak edit untuk dikongsi bersama sebagai renungan kita bersama dan membuat perbandingan dengan kita.



Cubalah bayangkan kalau Allah takdirkan dulu kita dilahirkan dalam keluarga yang dhaif dan tinggal di negara seperti itu. Bapa kita miskin, ibu kita miskin. Tak mampu nak sekolahkan kita. Tak mampu belikan kita pakaian yang cantik. Tak mampu sediakan tempat tinggal yang sempurna. Setiap kali bangun tidur tidak pasti sama ada hari ini dapat makanan ataupun tidak. Apatah lagi memikirkan tentang hidup bermewah dan membazir. Jauh sekali.

Cubalah lihat keliling kita sekarang. Nikmat yang Allah berikan kepada kita. Pakaian kita, makanan kita, kenderaan kita. Berapa kali kita berterima kasih kepada Allah untuk itu? Bila kita membazir dan membuang makanan pernah tak kita terfikir ada orang lain yang tidak diberikan nikmat dan rezeki sama seperti kita. Itupun selalu rasa kekurangan berbanding orang lain. Malulah dengan Allah.

Kesimpulannya, sentiasalah beringat dan bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Dalam agama Islam, pendapatan/gaji kita setiap bulan bukanlah sepenuhnya milik kita. Ada HAK dan rezeki orang lain yang Allah kurniakan melalui jalan rezeki kita. Allah nak uji keimanan kita melalui rezeki harta tersebut. Zakat 2.5% satu-satunya cara yang dapat bersihkan pendapatan kita. Cubalah bayangkan orang yang miskin dan cacat itu sempurna segalanya, mungkin mereka duduk di tempat kita sekarang. Wallahua’lam.



Nota kaki : Kira hak orang lain dalam rezeki kita? KLIK SINI.

Nota kaki 2: Bulan Allah Rejab dah kembali. Kurang 2 bulan Ramadhan akan menjelang. Rasulullah paling banyak berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya’ban berbanding bulan-bulan lain. Jom ikut Rasulullah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Perkahwinan Ikhwan & Emma

Bismillahirramanirrahim


Kali ni aku nak update Majlis Perkahwinan pasangan Ikhwan & Emma yang di adakan di Pelabuhan Klang. Job ni aku shoot untuk sifu aku Peveyhack.com. Ikhwan ni kerja kat Pelabuhan Barat Klang dan Emma merupakan seorang jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bahagian ICU kanak-kanak. Kalau korang pi sana jumpa dia tegur2lah ye, hehe *mandai2 je aku. Sama cantik dan sama padan kedua mempelai ni.

Ada satu kejadian tak diingini berlaku kat aku masa ngah shoot majlis diaorang ni. Speedlight aku tiba-tiba tak menyala. Biru gaklah muka aku masa tu. Nasib baik masa tu majlis dah selesai. Aku rasa jangka hayat speedlight SB600 tu dah nak berakhir lah. Itulah satu-satunya speedlight yang aku pakai sejak setahun lepas, dah fully utilized kemampuannya. Aku rasa sudah tiba masanya aku bertukar ke Canon, eh eh silap!! beli speedlight baru bagi menggantikan yang telah rosak itu, haha. Layanlah sikit gambar diaorang ni.


Majlis berlangsung dengan meriah walaupun hujan gerimis turun membasahi bumi klang, cewaahh. Masa outdoor tu Peveyhack sempat turun untuk shoot bersama-sama. Yela, bukan senang nak buat outdoor kat West Port tu. Sampai 3 helai borang kena isi nak masuk sana. Pastu kena tulis nombor siri kamera semua, hoho. Rasa macam nak amik gambar dalam White House je.

Bukan tu je, sepanjang kitorang tangkap gambar tu kitorang ditemani oleh seorang polis pelabuhan sampailah selesai outdoor tu. Dia takut aku bawak balik gerabak kontena tu agaknya, kekeke. Tapi memang takjublah tengok dalam tu semua besar2. Tak semua tempat kitorang boleh shoot sebab takut kena langgar kapal laut atau ditindih kontena, hahaha.

Masa shoot tu aku rasa tak best sebab tak dapat main CLS sebab speedlight dah kong, huhu. Jeles je tengok si pevey bersama kamera barunya itu, hehe. Kalau difikirkan memang berbelah bahagi hati aku ni nak berhijrah ke tak, wakakakaka. Layanlah sikit gambar outdoor yang sempat aku shoot.


Masa mula-mula amik gambar dulu aku belajar dari Pevey ni dengan cara melihat dia bekerja. Bila dah banyak gak amik gambar kahwin ni dan tengok dia kerja sekali lagi memang masih banyak aku kena perbaiki. Perjalanan aku masih jauh lagi. Aku perlu perbaiki kemahiran mengambil gambar lagi supaya aku dapat hasilkan yang terbaik untuk bakal pelanggan aku pada masa akan datang. Doakan yang terbaik untuk aku!!


Nota kaki 1 : Aku benci betul hackers yang rosakkan database zakat nih. Menyusahkan semua orang kat ofis ni. Carilah organisasi yang buat perjudian ke, arak ke. Inikan badan kebajikan yang uruskan rukun Islam supaya tertegak di muka bumi malaysia ni. Jadi aku mmg agak bizi minggu ni settlekan benda tu.

Nota kaki 2 : Kesian peminat Manutd malam tadi, kalah ngan Chelsea, wakakaka. Tak pasal-pasal mengantuk aku hari ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com